Sunday 13 May 2012

OH, POLYMER CLAY!

First of all, I would like to extend my gratitude to my friend, lil bro (Sir SA) on his quest of finding polymer clay around Kota Kinabalu, Sabah. The truth, I was depending on his shopping luck, he went through a lot of trouble trying to find that particular clay.... hai yai yai... SO SORRY bro! I acted not based on mala fide but mere belief that he is luckier than me when it comes to shopping... To get your hand on POLYMER CLAY (when u r staying in Pitas - a.k.a Sabah) is like building a castle in the air.... Most of the craft and bookstore don't sell this item since according to them, 'Tiada orang mau!'. This is where EA comes in, 'tiada permintaan = tiada penawaran". Ha yai yai...

Well, according to my friends in Youtube, I should try to shop online.... I'm crossing my fingers... wish me luck!!! I'll tell u guys the result of my guest in finding POLYMER CLAY.... haiiiiiyai yai yai....

Friday 11 May 2012

Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK)


PENGENALAN
Program Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja atau KMK telah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dan kesedaran mengenai peranan setiap anggota perkhidmatan awam serta sumbangan mereka dalam peningkatan kualiti terutama dalam proses penyelesaian masalah dan pembinaan semangat berpasukan perlulah terus dimantapkan. Oleh yang demikian, menyedari akan hakikat ini, dalam usaha memantapkan lagi pelaksanaan KMK, Dasar Kerajaan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam telah menyediakan sebuah garis panduan untuk membimbing para agensi kerajaan untuk melaksanakan program KMK dalam setiap organisasi masing-masing.
Peranan KMK dalam usaha membuat perubahan yang menyeluruh dalam perkhidmatan awam masih relevan walaupun telah wujud sejak dahulu lagi dan ianya penting kerana ia melibatkan seluruh anggota dalam sesebuah organisasi. Walaupun KMK hanyalah merupakan sebuah kumpulan kecil di kalangan anggota tetapi memberikan sumbangan yang besar dan bermakna kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah organisasi itu. Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) merupakan sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisa masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja, dan mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan, dan mereka melaksanakan keputusan setelah dipersetujui oleh pihak pengurusan. Mutu kerja bermakna pencapaian prestasi kerja yang tinggi serta membanggakan dan dapat memuaskan semua pihak, sebagaimana yang telah ditetapkan, "Mutu" merangkumi mutu pengurusan, mutu perkhidmatan, prosidur, hasil kerja, sumber-sumber,personel, kerja berkumpulan, kecekapan, kekesanan, sikap, persekitaran tempat kerja, kepimpinan, maklumat, kebolehan menyelesaikan masalah, kesopanan, penggunaan sumber-sumber pengurusan, prestasi dan lain-lain lagi.
Selain itu, KMK juga memainkan peranan yang penting dalam membantu pihak pengurusan dalam menyelesaikan masalah organisasi, berperanan mewujudkan semangat kerja berkumpulan, menerapkan nilai kerja yang positif, memupuk semangat kekitaan dan kerjasama di kalangan anggota, memberi kepuasan di kalangan anggota, mewujudkan keyakinan, melahirkan semangat kepimpinan dan menanamkan rasa tanggungjawab serta menggalakkan daya kreativiti di kalangan anggota. Penerapan dan perwujudan nilai-nilai murni ini akan memberi sumbangan besar ke arah peningkatan kualiti dan produktiviti organisasi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah mengapa KMK dijadikan salah satu daripada pendekatan kepada pelaksanaan dan amalan kerja dalam memperkukuh dan meningkatkan sistem dan cara kerja di dalam organisasi kerajaan di setiap peringkat.

KONSEP KUMPULAN MENINGKATKAN MUTU KERJA
Definisi
KMK adalah sekumpulan kecil pekerja-pekerja (6-10 orang) daripada unit kerja yang sama yang bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih dan menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Kumpulan ini mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan. Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan.
Falsafah
Falsafah KMK adalah berdasarkan kepada konsep pengurusan secara penyertaan dan kemanusiaan. Pengurusan secara kemanusiaan bermakna pengurusan yang mementingkan manusia dan perasaan mereka. Ini adalah kerana manusia merupakan aset yang terpenting dalam sesebuah jabatan/pejabat. Pengurusan secara penyertaan pula bermakna bahawa tiap-tiap pekerja tidak kira kedudukannya dalam organisasi diberi peluang untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada jabatan/pejabat. KMK merupakan satu mekanisme di mana pekerja-pekerja boleh menyertai dalam proses penyelesaian masalah demi meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti jabatan/ pejabat mereka.
Matlamat
Matlamat KMK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja
melalui:
a.       Kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan pekerja;
b.      Semangat bekerja secara berkumpulan;
c.       Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif;
d.      Penglibatan dan minat terhadap kerja;
e.       Dorongan kerja yang tinggi; dan
f.       Kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, jabatan/pejabat dan negara.
Prinsip-prinsip Asas KMK
KMK adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip asas seperti berikut:
a.       Pekerja-pekerja diiktirafkan sebagai sumber yang paling bernilai disamping lain-lain sumber pengurusan;
b.      Memajukan pekerja sebagai ahli jabatan/pejabat yang berguna;
c.       Penyertaan dan sokongan dari semua peringkat;
d.      Bekerja secara berkumpulan;
e.       Kreativiti sentiasa digalakkan; dan
f.       Projek adalah berkaitan dengan tugas-tugas harian.
Faedah-faedah daripada KMK
Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi hasil dari pelaksanaan KMK. Di antaranya adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
a.       Mengeratkan perhubungan di antara pekerja dan pengurusan;
b.      Memupuk kerjasama di kalangan pekerja;
c.       Memberi kepuasan bekerja;
d.      Menambah dorongan untuk bekerja;
e.       Memberi keyakinan mengenai kebolehan diri sendiri;
f.       Mengasah bakat kepimpinan di kalangan pekerja-pekerja;
g.      Menggalakkan daya kreativiti di kalangan pekerja; dan
h.       Memperbaiki sistem dan cara kerja.
Pelaksanaan KMK
Syarat-syarat yang diperlukan bagi melaksanakan KMK ialah:
a.       Pewujudan struktur KMK;
b.      Latihan yang berkesan; dan
c.       Sistem pengiktirafan yang berkesan.
Struktur KMK
Struktur KMK yang sedang diamalkan sekarang mengandungi komponen-komponen berikut:
a. Jawatankuasa Pemandu KMK;
Jawatankuasa Pemandu ialah sebuah jawatankuasa yang merangka dasar pelaksanaan KMK dan memberi pertimbangan serta keputusan kepada cadangan-cadangan penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh KMK.
b. Fasilitator;
Fasilitator adalah terdiri dari ketua-ketua Bahagian atau pekerja-pekerja yang dipilih oleh pihak pengurusan. Fasilitator ini adalah bertanggungjawab untuk satu KMK atau lebih. Peranan fasilitator adalah seperti berikut:
i.                    Berhubung dengan semua peringkat pengurusan dan mendapat sokongan dan bantuan mereka;
ii.                  Memberi latihan kepada ketua-ketua Kumpulan dan membantu melatih ahli-ahli Kumpulan apabila diperlukan;
iii.                Mengekalkan suasana yang terbuka dan menyokong (supportive);
iv.                 Memastikan bahawa Kumpulan akan menumpukan aktiviti-aktiviti mereka terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka;
v.                  Sebagai orang tengah dalam penyelesaian masalah;
vi.                 Sebagai pakar rujuk kepada Kumpulan;
vii.              Mengesan kemajuan Kumpulan; dan
viii.            Menilai hasil program serta kos dan melaporkan kepada pengurusan.
c. Ketua Kumpulan;
Ketua Kumpulan yang terdiri dari ketua-ketua Unit atau pekerja- pekerja yang dipilih mempunyai peranan seperti berikut:
i.                    Melatih ahli-ahli mengenai teknik penyelesaian masalah dengan bantuan fasilitator di mana perlu;
ii.                   Bertanggungjawab terhadap kelancaran aktiviti-aktiviti Kumpulan dan memupuk semangat kerjasama dan harmoni;
iii.                 Membantu Kumpulan menyimpan rekod dan membuat persediaan bagi persembahan pengurusan;
iv.                 Mengelolakan mesyuarat dengan teratur dan berkesan;
v.                  Menunjukkan minat dan sokongan kepada Kumpulan;
vi.                Menggalakkan pekerja-pekerja lain menjadi ahli;
vii.              Membantu ahli-ahli menyelesaikan masalah-masalah; dan
viii.            Menguatkuasakan disiplin bekerja secara berkumpulan.
d. Ahli-ahli KMK
Ahli-ahli KMK yang dipilih memainkan peranan seperti berikut:
i.                    Menghadiri mesyuarat secara tetap;
ii.                  Menumpukan usaha menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja;
iii.                Mengenalpasti masalah-masalah, menyumbangkan idea-idea, menjalankan penyelidikan dan penyiasatan (di mana perlu) dan membantu Kumpulan ke arah penyelesaian masalah-masalah; dan
iv.                Menyertai persembahan pengurusan.

FAKTOR-FAKTOR MENYOKONG KEJAYAAN PERLAKSANAAN KMK

Bak kata pepatah, indah khabar dari rupa, atau lebih tepat jangan hanya menjadikan program KMK ini gah hanya pada nama dan teorinya sahaja. Berdasarkan kepada apa yang telah dibincang sebelum ini, perlaksanaan program KMK dalam sesebuah organisasi dan jabatan adalah sangat relevan dan bertepatan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti bagi memperbaiki khidmatnya. Untuk melihat sejauh mana program ini berjaya dalam perlaksanaannya terdapat beberapa faktor yang perlu ada bagi menyokong kewujudannya dalam sesebuah institusi maupun jabatan.

Terdapat  Sembilan (9) faktor yang menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan KMK dan ini ada dinyatakan dalam pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 7 tahun 1991 dan yang pertama adalah sikap yang positif,  dan kedua kesungguhan dan komitmen dari pihak pengurusan atasan. Ini termasuklah kesediaan pihak pengurusan untuk meluangkan masa dan tenaga dalam melaksanakan program ini. Tanpa komitmen dan sokongan pengurusan atasan akan menyumbang kegagalan program KMK, oleh itu perlunya sokongan dari semua peringkat.

Sistem latihan yang berkesan juga akan dapat menyumbangkan kepada kejayaan program KMK kerana dengan adanya bimbingan fasilitator dan ketua yang sesuai dan berkesan akan dapat membimbing kea rah kejayaan KMK yang seterusnya meyumbangkan kepada peningkatan kualiti serta produktiviti jabatan. Sistem latihan penting untuk memberikan latihan secara berterusan dan memastikan peranan KMK relevan mengikut keperluan semasa seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan dengan mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan KMK dalam sector awam. Kurangnya latihan akan memudaratkan perancangan KMK yang telah dibuat bagi membantu sesebuah jabatan atau institusi itu.

Pewujudan sistem pengiktirafan kepada ahli-ahli KMK juga perlu; antara contoh tanda sokongan adalah seperti adanya kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti alat-alat tulis, projektor overhed,transparensi, bilik perbincangan dan sebagainya; KMK dianggap sebagai usaha jangka panjang. KMK haruslah dimulakan secara kecil-kecilan dahulu supaya ianya dapat kekalkan secara berpanjangan; Perkembangan mengenai KMK harus diketahui oleh semua pihak;  kebolehan Jawatankuasa Pemandu bagi merancang, melaksana, menyelaras dan mengambil  tindakan terhadap perakuan-perakuan; dan melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi menerusi poster, slogan dan risalah-risalah.

Selain daripada itu, disiplin juga menyumbang kepada kejayaan perlaksanaan KMK. Disiplin dalam konteks KMK ialah dengan mematuhi peraturan dan kod etika yang utama, Peraturan atau kod etika seperti menepati jadual mesyuarat, menepati masa mesyuarat KMK, berakhlak semasa mesyuarat KMK dengan menghormati rakan serta buah fikiran setiap ahli KMK yang diutarakan dalam mesyuarat, tidak menyalahgunakan KMK dengan menjadikan ia tempat melepaskan geram ke atas pihak pengurusan, atasan atau pihak pentadbir. Selain itu adalah penting untuk mematuhi tatasusila atau ‘Code of Conduct’ KMK yang telah dipersetujui oleh setiap ahli kerana tanpa disiplin KMK hanya akan menjadi tempat bertikam lidah yang akhirnya akan menimbulkan konflik dan mengakibatkan perpecahan dalam sesebuah jabatan dan agensi.



KESIMPULAN

Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) adalah usaha yang amat baik dilakukan oleh sesebuah jabatan. Sekiranya dilakukan akan mendatangkan hasil yang sungguh baik. Bukan sahaja para pekerja dapat bekerja dalam keadaan yang suasana harmoni dan secara berpasukan, suasana juga tidak tertekan walau diberikan tugas oleh pihak atasan seperti bahagian pengurusan atau pentadbiran. Demi menjayakan perlaksanaan KMK, ketua kumpulan perlu memainkkan peranan mereka dan ketua jabatan juga perlu memberikan sokongan kerana ia diperlukan dalam merealisasikan pencapaian dan kecemerlangan KMK di setiap peringkat. Kewujudan KMK akan memungkinkan segala perancangan yang ingin dibuat juga akan lebih teratur dan tersusun malah kekurangan dan kelemahan juga mampu dapat diselesaikan dengan mudah. Kejayaan seebuah organisasi adalah tanggungjawab semua dan kecemerlangannya adalah terletak dalam tangan semua ahli dan bukan terletak dalam tangan individu kerana organisasi akan lebih cemerlang dan berjaya jika setiap kejayaan yang diusahakan adalah secara berkumpulan. KMK boleh membawa banyak kebaikan jika ia dijadikan sebagai budaya kerja dan menjadikan ia sebagai asas yang kukuh dan konsisten kepada program penambahbaikan secara terancang dna berkesan.

Tugasan Induksi: Prosedur Perletakan Jawatan

PENDAHULUAN
Penjawat awam menurut pandangan umum memikul dan mempunyai kepelbagaian tugas mengikut badan, agensi dan kementerian tertentu. Setiap jawatan yang adalah berbeza di antara satu jawatan dengan jawatan yang lain. Setiap Penjawat Awam ada mempunyai senarai tugas yang diamanahkan kepadanya untuk ditunaikan, dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam menjaga amanah yang dipertanggung jawabkan, Penjawat Awam mestilah mengutamakan tugas yang disenaraikan melebihi kepentingan peribadi.  Bukti bahawa seseorang Penjawat Awam itu benar-benar amanah dalam menjalankan tugasnya yang tersenarai ialah, kerja tertunggak sifar hingga kepada aduan sifar. Seandainya masih ada kerja-kerja tertangguh dan masih terdapat aduan atau komplen orang ramai, ini bermakna amanah masih belum ditunaikan sepenuhnya.
Antara syarat-syarat pelantikan calon ke dalam perkhidmatan awam antaranya adalah, sihat tubuh badan dan ini perlu disahkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar. Individu perlulah membuat akuan berkanun di bawah Akta Akuan berkanun 1960. Setiap Penjawat Awam ada mempunyai senarai tugas yang diamanahkan kepadanya untuk ditunaikan, dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam menjaga amanah yang dipertanggung jawabkan, Penjawat Awam mestilah mengutamakan tugas yang disenaraikan melebihi kepentingan peribadi. Bukti bahawa seseorang Penjawat Awam itu benar-benar amanah dalam menjalankan tugasnya yang tersenarai ialah, kerja tertunggak sifar hingga kepada aduan sifar. Seandainya masih ada kerja-kerja tertangguh dan masih terdapat aduan atau komplen orang ramai, ini bermakna amanah masih belum ditunaikan sepenuhnya.
Walaupun seseorang individu itu telah berjaya diterima untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam, tidak mustahil untuk seseorang itu untuk mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan atau pekerjaan yang sedang disandang lebih awal dari tarikh umur pencennya. Tindakan meletakkan jawatan boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti masalah kesihatan dari segi mental dan fizikal, sehingga kepada masalah peribadi samada di rumah maupun di pejabat yang mampu menggugat prestasi serta keinginannya untuk bekerja sehingga terpaksa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Oleh yang demikian skop tugasan ini akan membincangkan mengenai notis perletakan jawatan dalam beberapa situasi yang melihat kepada jenis perlantikan seorang penjawat awam.

Sifat-sifat kerja

Sesuatu kerja yang dikelolakan seorang pengurus perlu mempunyai kualiti yang telah ditetapkan dan mengandungi empat ciri-ciri yang penting untuk memenuhi kehendak diri seseorang untuk suasana kerja yang efektif dan efisien. Dengan mewujudkan ciri-ciri ini, maka seseorang itu dapat menyumbangkan semua tenaga dan tumpuan untuk mencapai matlamat dengan penuh dedikasi, Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti yang berikut;

i.                    Seseorang kakitangan harus menerima maklumbalas mengenai kerja-kerja yang telah dilaksanakan.
ii.                  Kakitangan yang berkebolehan untuk melaksanakan kerja-kerja dengan cekap.
iii.                Seseorang kakitangan perlu merasa bahawa beliau mempunyai sedikit sebanyak hak dalam menentukan matlamatnya sendiri dan menentukan cara-cara untuk mencapainya.
iv.                Seseorang kakitangan awam perlu merasakan bahawa sumbangan beliau terhadap pencapaian objektifnya adalah penting.

Persekitaran kerja seperti alam sekitar merupakan faktor yang boleh mempengaruhi semangat kakitangan awam untuk melaksanakan tudas dengan cemerlang yang seterusnya memberikan kesan kepada daya pengeluaran mereka. Pembentukan suasana kerja yang baik dan sempurna perlu diambil kira bersesuaian dengan faktor-faktor seperti susun atur pejabat, keselesaan udara, peralatan pejabat yang lengkap, mempunyai kemudahan teknologi terkini dan sebagainya. Suasana kerja yang baik adalah penting diperkemaskan dan dipulhara bagi menjamin keselamatn dan keselesaan tugas.


Perihal Perletakan Jawatan

Perletakkan jawatan bermaksud berhenti daripada berkhidmat dengan perkhidmatan awam yang dibuat melalui notis bertulis yang dikemukakan kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabtan yang menyebabkan perkhidmatannya terputus, manakan pemendekan notis merujuk kepada tempoh notis perletakkan jawatan pegawai dipendekkan dari tempoh notis sebenar yang ditetapkan dengan kelulusan Ketua Jabatan.
Jika seorang pegawai berhasrat untuk meletakkan jawatan, permohonan secara bertulis yang juga dikenali sebagai notis perlu dihantar kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 51 (1). Kemudian Ketua Perkhidmatan hendaklah menghantar surat akuan terima kepada pegawai melalui Ketua Jabatan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 51 (3). Ketua Perkhidmatan hendaklah merekod dan maklumkan Suruhanjaya dan KPPA seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 52 (2). Peletakan jawatan merupakan hak pegawai dan tidak memerlukan kelulusan untuk ia menjadi efektif. Walau bagaimanapun perlu dingatkan bahawa tempoh notis perlulah sejajar dengan peruntukan yang terdapat dalam  Peraturan-peraturan Pegawai Awam. Perletakan jawatan seorang pegawai akan menjadi efektif sebaik tempoh notis tamat tempoh, iaitu pada hari berikutnya. Perletakkan jawatan yang telah berkuatkuasa adalah tidak boleh ditarik balik. Oleh yang demikian, seseorang pegawai perlulah berfikir secara rasional sebelum mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan mereka. Walau pun begitu, peletakan jawatan yang belum berkuatkuasa boleh ditarik balik dengan syarat pegawai mengemukan notis secara bertulis kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan dan diterima oleh Ketua Perkhidmatan sebelum tarikh kuat kuasa peletakan jawatan.
Dasar perletakan jawatan bagi semua pegawai ditetapkan bertujuan untuk memutuskan perkhidmatan jawatan yang sedang disandang oleh pegawai, pegawai boleh meletak jawatan dengan mengemukakan notis bertulis yang ditandatangani oleh pegawai berkenaan kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan.

Prosedur Perletakan Jawatan dari Perkhidmatan Awam

Untuk penjawat awam yang ingin meletakkan jawatan, menurut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 / P.U. (A) 176/2005, Perkara 51 (1) Seseorang pegawai yang berhasrat untuk meletakkan jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis sebagaimana keadaan berikut :

a) Jika pegawai dilantik selain pelantikan tetap adalah mengikut syarat pelantikan pegawai
itu atau jika tempoh itu tidak diperuntukkan dalam syarat pelantikannya, tiga puluh (30) hari sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis.

b) Jika pegawai dalam percubaan, tiga puluh (30) hari sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis atau

c) Jika pegawai telah disahkan dalam perkhidmatannya, sembilan puluh (90) hari sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis.

Perletakan jawatan yang tidak memenuhi tempoh notis yang ditetapkan, pegawai hendaklah membayar sebulan gaji sebagai ganti notis. Gaji bagi maksud ini adalah gaji pokok berdasarkan kepada matagaji dalam struktur gaji yang tidak termasuk imbuhan tetap yang terakhir diterima oleh pegawai sebelum meletak jawatan. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 51, cuti tanpa gaji tidak diambilkira sebagai tempoh notis, contohnya pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji, dalam tempoh berkenaan tidak boleh dikira sebagai sebahagian daripada tempoh notis.

Pegawai boleh memohon pemendekan tempoh notis peletakan jawatan dengan alasan yang
munasabah berdasarkan perkara 53, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 / P.U. (A) 176/2005 atau dalam kata lainnya, pegawai boleh memendekkan notis perletakan jawatannya dengan mendapatkan kebenaran dari Ketua Jabatan atas alasan-alasan seperti dibawah:

1.       Pegawai tersebut akan menyandang mana-mana jawatan dalam sesuatu pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau agensi lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

2.      Pegawai atau pasangan, anak atau ibu bapa pegawai itu menghidapi masalah kesihatan

3.       Pegawai itu menghadiri kursus atau latihan yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan

4.       Apa-apa sebab lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, dan

5.      Sebab-sebab lain yang diluluskan oleh KKPA. Untuk ini, Ketua Jabatan yang menyokong permohonan tersebut hendaklah mengemukakan perakuan kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam yang akan memanjangkan kepada KPPA untuk pertimbangan.

Permohonan pemendekan notis perlu dikemukakan sebelum tarikh kuat kuasa peletakan jawatan. Notis peletakan jawatan tersebut hendaklah dikemukakan oleh pegawai kepada Pendaftar melalui Ketua Jabatan bersama surat tawaran pelantikan di agensi baru.

Tempoh percubaan merujuk kepada satu tempoh untuk menilai kebolehan dan kesesuaian pegawai yang dilantik sebelum layak disahkan dalam perkhidmatannya. Kebiasaannya seorang pegawai dikehendaki untuk berkhidmat dalam tempoh percubaan 1 sehingga 3 tahun seperti dalam Perkara 26 (1) dan Suruhanjaya atas sebab khas boleh memendekkan atau tidak mengenakan tempoh percubaan kepada seseorang pegawai seperti yang termaktub dalam Perkara 26 (2).




Perletakan Jawatan Tidak Perlu

Dalam sesuatu situasi, perletakakn jawatan tidak perlu bagi pegawai samada yang bertafat tetap, sementara maupun yang dilantik dalam perkhidmatan awam dengan syarat permohonan itu adalah yang;
1.      Dikemukakan dan disokong oleh Ketua Jabatan, dan
2.      Dilantik oleh Suruhanjaya berikut:
a.       Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
b.      Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
c.       Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
d.      Suruhanjaya Pasukan Polis
e.       Pihak Berkuasa Berkanun
f.       Pihak Berkuasa Tempatan

Saturday 5 May 2012

Kesantunan Bahasa


Pendahuluan
Latar Belakang:           Cara sapaan secara lisan dan bertulis dengan sopan santun dan berbudi bahasa. Melihat kehalusan budi bahasa dan cara menggunakan bahasa dengan sopan dalam sistem sapaan dan panggilan.
Ruang Lingkup :          Dalam esei ini, tumpuan adalah lebih mengarah kepada sistem sapaan dan panggilan agar tidak dilabelkan sebagai biadap dalam Bahasa Melayu dan perbandingan dan persamaan dengan bahasa lain seperti Inggeris dan Korea.
Pembatasan:               Perbincangan adalah terhad kepada kesantunan berbahasa, bahasa Melayu dalam sistem sapaan dan panggilan.
Kaedah Kajian:            Kajian ini akan menggunakan kaedah perpustakaan.
Isi Kandungan :           1. Definisi Kesantunan Bahasa (KB)
i.      Pengunaan bahasa secara bersopan
ii.     Sapaan yang bersesuaian
iii.    Bahasa – alat menyampaikan maklumat
iv.   Bahasa – menyampaikan perasaan penggunanya
v.    Bahasa – mencerminkan keperibadian si penutur
vi.   KB – alat menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab dan bersopan.
vii.  KB – berperanan utk menjaga perasaan si pendengar. (Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya)
ESEI
Definisi
Untuk mendefinisikan kesantunan bahasa, kita perlu melihat peranan bahasa itu sendiri dalam konteks kehidupan seharian. Bahasa boleh dikatakan sebagai satu alat komunikasi di antara si penyampai maklumat dan si penerima maklumat atau si pendengar. Kepentingan bahasa juga dapat dilihat dalam hubungan dan pergaulan harian masyarakat. Dalam erti kata lain, bahasa berfungsi memaparkan dan menggambarkan kehidupan harian kita.
Tidak keterlaluan kiranya jika bahasa itu dikatakan sebagai cermin yang menunjukkan keperibadian si penutur.Penggunaan bahasa yang betul, dari  perkataan hinggalah ke aspek nada dan faktor seperti tempat dan keadaan suasana akan menentukan samada si penutur itu mempunyai budi pekerti atau sebaliknya.
Kesantunan bahasa adalah berkaitan dengan kehalusan budi bahasa, keadaban dan kesopanan. Ia berperanan untuk menjaga perasaan si pendengar atau si penerima maklumat. Tidak hairanlah kenapa berlakunya pergaduhan dan pertelingkahan disebabkan isu yang berkaitan dengan kebiadapan. Seperti kata orang-orang tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Dapat dirumuskan bahawa kesantunan bahasa berkaitan dengan tatacara dan peraturan dalam berbahasa. Ini dilihat dari aspek cara dan bentuk bahasa yang digunakan seperti pemilihan kata, nada, gerak laku atau bahasa badan yang digunakan semasa berkomunikasi.




Sistem Sapaan dalam Bahasa Melayu
Kesantunan bahasa bukan sahaja merangkumi penggunaan dalam pertuturan tetapi juga dalam bentuk bertulis. Menurut Dell Hymes (1976), komponen berbahasa terbahagi kepada 16 pecahan, dan antaranya adalah ‘Addressor’ si penyapa dan ‘Addressee’ si pesapa atau orang yang disapa. Hubungan ini dapat digambarkan seperti Rajah 1 di bawah.
Rajah 1
            Addressor                                                        Addressee

Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu juga mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri di mana ia menggabungkan sistem sapaan dan panggilan. Ini merujuk kepada gelaran sebagai tanda hormat dan sebagai ganti nama.
Nurul Hidayah dan A G Asniwal dalam tulisan mereka yang bertajuk “Penterjemahan Bentuk Panggilan Terpilih di dalam OALD” mengatakan bentuk panggilan merupakan satu kaedah yang merakamkan pertalian di antara pesapa dan penyapa dan juga sapaan kepada seseorang tertentu. Sistem panggilan juga menunjukkan perhubungan dalam kalangan masyarakat tertentu dan nilai di kalangan anggota masyarakat dalam masyarakat tersebut.
Sistem sapaan dalam bahasa Melayu boleh disamaertikan dengan pilihan kata honorifik, iaitu panggilan hormat untuk berbicara dan menyapa orang lain. Masnur Muslich dalam tulisannya yang bertajuk “Kesantunan Berbahasa: Sebuah Kajian Sosiolinguistik” mengatakan penggunaan kata-kata honorifik ini tidak hanya berlaku bagi bahasa yang mengenal tingkatan (undha-usuk, Jawa) tetapi berlaku juga pada bahasa-bahasa yang tidak mengenal tingkatan.
Oleh yang demikian, kesantunan bahasa dalam sistem sapaan mempunyai ciri-ciri seperti penggunaan kosa kata dan kata ganti nama yang perlu diberi perhatian khusus agar bersesuian dengan kedudukan, pangkat umur dan keakraban serta pertalian (hubungan) di antara dua atau lebih orang yang terlibat dalam suatu perbualan atau perbincangan.
Sistem sapaan dan panggilan dalam bahasa Melayu melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama yang tersendiri. Seperti dalam komuniti Korea, mereka amat menitik-beratkan darjah berdasarkan umur dan ketika bercakap dengan orang yang lebih tua, honorifik akan digunakan sebagai tanda hormat. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada penyataan yang diambil dari ensiklopedia Wikipedia.org.
            “...the honorifics expressed the differences in social status between speakers. In contemporary Korean culture, honorifics are used to differentiate between formal and informal speech based on the level of familiarity between the speaker and the listener.”
Harus diingat, apa yang sopan dan beradab di sesuatu tempat atau masyarakat berdasarkan bangsa dan kaum tidak semestinya sopan dan sesuai di tempat yang lain dan masyarakat yang lain. Begitu juga dengan sebaliknya.
1.    Engkau hendak pergi ke mana?
2.    Ibu, kau sudah makan?
3.    Apa nama kamu?
4.    Awak hendak ke mana?
5.    Anda sudah bersedia?
6.    Aku mahu makan buah rambutan.
7.    Saya suka makan durian.
8.    Nenek sudah tua, mata dia sudah kabur.
9.    Datuk masih sihat kerana beliau mengamalkan senam pagi.
Tatabahasa kesemua ayat di atas adalah betul peggunaannya. Walaupun begitu, terdapat beberapa ayat ini agak kasar dan boleh dikategorikan sebagai biadap berdasarkan kepada penggunaan kata ganti diri. Andaikan jika kata ganti diri ‘kau’, ‘aku’ dan ‘engkau’ ini digunakan di Semenanjung Malaysia. Ketiga-tiga kata ganti diri ini dianggap kurang ajar dan biadap terutama apabila digunakan dalam perbualan yang melibatkan orang yang lebih tua atau dengan orang yang berpangkat.
Tetapi lain pula halnya jika ketiga-tiga kata ganti diri ini digunakan di Sabah. Ketiga-tiga kata ganti diri dalam perbualan akan dianggap sebagai satu perbualan biasa dan dianggap ramah atau menunjukkan betapa akrabnya si penyapa dengan orang yang di sapa. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kesantunan bahasa itu bergantung kepada siapa, di mana dan bagaimana ia diutarakan.
Bagi ayat nombor (8), penggunaan kata ganti diri ketiga ‘dia’ untuk merujuk kepada orang tua-tua dianggap biadap dan kurang sopan. Kata ganti diri yang dilihat paling sesuai ialah ‘beliau’ seperti yang ditunjukkan dalam ayat nombor (9).
Berikut ialah jadual yang menyenaraikan beberapa kata ganti diri yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu dan sifatnya dalam konteks kesantunan bahasa dalam bahasa Melayu.







Jadual 1          Kata Ganti Diri Dalam Bahasa Melayu
*Sumber: Diambil dan Diubahsuai daripada Nurul Hidayah Mohammad Abdillah dan A.G Aniswal. Penterjemahan Bentuk Panggilan Terpilih di dalam OALD


Menurut  Xiaomei Yang dalam penulisannya yang bertajuk “Address Forms of English: Rules and Variations”, “An English or American person can be addressed by his name, his title his name plus his name, or by nothing at all, that is, no-naming form or ะค.” Dalam erti kata lain, walau bagaimana cara sekali pun seseorang itu disapa, ia masih dianggap norma sapaan yang sopan dan boleh diterima. Ini boleh dilihat dengan lebih teliti di dalam Jadual 2 di bawah.





Jadual 2
*Sumber dari Address Forms of English: Rules and Variations, Xiaomei Yang.

Dalam kesantunan bahasa Melayu, percakapan tanpa penggunaan sapaan juga dianggap tidak bersopan. Ini dapat digambarkan di dalam contoh dialog di bawah.

Contoh Dialog 1: Melalui Telefon

Pelajar Z:         Selamat pagi, boleh saya bercakap dengan Ramlie?
Puan Zaiton:    Selamat pagi. Dia sudah pergi ke kampus. Boleh saya tahu saya sedang bercakap dengan siapa?
Pelajar Z:         Wakil kelas DPA, salah seorang daripada pelajar si Ramlie. Kau siapa?
Puan Zaiton:    Ini ibu kepada pensyarah kamu, Encik Ramlie.

Berdasarkan kepada dialog di atas, Pelajar Z sepatutnya menggunakan kata sapaan ‘Encik’,
dari ‘Ramlie’ sahaja kepada ‘Encik Ramlie’. Selain itu, Pelajar Z sepatutnya menggunakan
kata sapaan ‘kau’ kepada ‘kamu’ agar bersesuaian dengan sesiapa sahaja dia sedang
bercakap.

Ini amat berbeza bagi bahasa Inggeris yang mana ianya boleh digunakkan tanpa kata
sapaan semasa berbual. Ini dapat digambarkan dalam Contoh Dialog 2 di bawah.

Contoh Dialog 2 : Bersemuka

Jim                  : Hello! I’m Jim.
Mike                : Hello, Jim! I’m Mike.

Oleh yang demikian, kesantunan bahasa mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:
1.    Penggunaan kosa kata, dan
2.    Ganti nama.
Kedua-dua item ini amat dititikberatkan dan perhatian khusus perlu diberi agar bersesuaian dan ‘secocok’ dengan kedudukan, pangkat, umur dan hubungan serta darjah keakraban hubungan seperti hubungan kawan, tali persaudaraan dan, hubungan pekerja dan majikan dan sebagainya.
Pemilihan kata dan ungkapan bertatasusila dalam sistem bahasa Melayu boleh dikategorikan kepada beberapa jenis. Ini akan dijelaskan dengan lanjut.
1.    Jenama kekeluargaan
Sapaan bagi jenama kekeluargaan boleh dibahagi kepada dua, iaitu Jenama kekeluargaan pertalian darah dan Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan. Ini dapat dilihat dalam Jadual 3 di bawah.


Jadual 3          Jenama Kekeluargaan
Jenama kekeluargaan pertalian darah
Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan
Contoh:
ayah, mak, abang, kakak, pakcik, makcik, adik, nenek, atok, Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang.
Contoh:
adik ipar, abang ipar, kakak ipar, mak mentua, bapa mentua, mak long ipar.

2.    Gelaran Pergaulan Bebas
Gelaran seperti ‘cik’, ‘puan’ dan ‘cik puan’ serta ‘encik’. ‘Cik’ digunakan untuk sapaan wanita yang belum berkahwin dan ‘puan’ untuk wanita yang telah berumahtangga. Gelara ‘cik puan’ biasanya digunakan oleh orang menyapa dengan wanita yang tidak diketahui status kelaminnya. Selain itu, gelaran ‘cik puan’ juga lazim digunapakai oleh mahasiswa apabila bertegur-sapa dengan pensyarah wanita samada yang masih bujang atau sudah berumahtangga. ‘Encik’ pula digunakan untuk kaum lelaki tanpa mengira samada sudah berkahwin atau belum.
3.    Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
Jenis sapaan ini biasanya diguna dalam penulisan surat rasmi atau dalam majlis-majlis rasmi. Antara contoh sapaan adalah seperti Tuan, Puan, Tetuan, Saudara dan Saudari.
4.    Gelaran Warisan
Gelaran yang diwarisi sejak nenek moyang dan kini lebih dikenali sebagai sebahagian daripada nama si empunya diri. Contohnya; Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak), Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) dan sebagainya.
5.    Gelaran Kurniaan
Antara contoh-contohnya adalah seperti Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Bapa Pembangunan (Perdana Menteri Malaysia ke-3, Tun Abdul Razak) dan Pendeta (gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
6.    Gabungan Gelaran
7.    Rujukan Hormat




Jenama kekeluargaan
Terbagi kepada;
i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.
ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan
Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

Gelaran Pergaulan Biasa
Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.

Gelaran Pergaulan (Formal)
Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed. Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

Gelaran Warisan

Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang besar
Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia
Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).
Gelaran Warisan

Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang besar
Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia
Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

Gelaran Kurniaan

Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Gelaran Ikhtisas

Gelaran bagi individu yang diperoleh melalui pencapaian atau kejayaan akademk atau kemahiran dalam bidang tertentu seperti Profesor,Doktor,Ustaz dan Ustazah.


Gabungan Gelaran
(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji
(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji
(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.
(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik
(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji
(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

Rujukan Hormat

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ,Sultan, Raja, Sultanah
Duli Yang Maha Mulia

Balu Raja
Yang Maha Mulia

Raja Muda atau Tengku Mahkota
Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia

Kerabat Diraja Karib
Yang Amat Mulia

Bergelar warisan Yang Mulia

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat

Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
Yang Berhormat

Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja
Yang Berhormat Mulia

Tun, Toh Puan
Yang Amat Berbahagia

Yang mempunyai gelaran kurniaan atau gelaran iktisas yang formal
Yang Berbahagia

Ketua Hakim Negara
Yang Amat Arif

Ketua Polis Negara
Yang Amat Setia

Hakim, Kadi
Yang Arif

Mufti dan pemimpin Islam
Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran
Yang Berusaha