Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku
dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses
ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Di
dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi memastikan
proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada murid-murid serta para
pelajar. Salah satu teori yang ditemui ialah teori konstruktif. Pembelajaran
dan Pengajaran (P&P) berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan
guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal
bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu
yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini ia dapat
membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam
memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan.
Pengajaran
berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan
penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan
untuk menggalakan murid menjadi aktif
dan tidak pasif,
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi,
menambahkan keyakinan diri, memberi murid
peluang membuat penyampaian dan bercakap, menggalakkan
murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan
murid membina ilmu dan mewujudkan suasana
kerjasama di kalangan murid.
Saya memilih konsep berkenaan kerana sebagai guru yang bijak
melaksanakan tugasnya seharusnya bijak mencari ruang dan peluang utuk memilih
kaedah mengajar yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan. Menurut
Borich & Tombari (1997)-Educational Phychology, A Contemporary Approach
halaman 177 menyebut:
“Constructivisme...an approach to learning in which learners are
provided the opportunity to construct their own sense of what is being learned by
building internal or relationship among the ideas and fact being taught”.
Petikan ini
dapat difahami sebagai pendekatan
pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman
terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea serta
fakta yang sedang diajar atau dipelajari.
Konsep ini dapat di kaitkan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar melalui idea yang
dikupas daripada teori konstruktivisme. Konstruktif
adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk
belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang
tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman
dan persekitaran yang sedia ada. Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin
terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu. Walaupun begitu
konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan
untuk memberi peluang dan membuka ruang kepada pelajar di dalam merialisasikan
dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, Pengajaran
dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru
untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan
sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan.
Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman
orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat
ditingkatkan lagi.
No comments:
Post a Comment