PENDAHULUAN
Setiap
murid adalah berbeza dan unik dari segi teknik pembelajan yang dipengaruhi oleh
latar belakang, fizikal, tahap kesihatan dan lain-lain. Sebagai seorang guru,
adalah menjadi tanggungjawab setiap orang guru untuk menyediakan rancangan
pengajaran harian sehari sebelum perlaksanaan. Ini bukan sahaja sebagai
persediaan kepada guru tetapi juga sebagai panduan dalam pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar belajar dalam
berbagai cara dengan melihat dan
mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik dan intuitif, dan
menghafal, mengingat dan menggambarkan.
Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan
dan mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti
menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat
mengaplikasinya ke dalam kehidupan (Hargreaves, 1996). Pembelajaran melibatkan
usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian
dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran
yang berbeza memproses maklumat. Kaedah tersendiri individu mencari, menyimpan
dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai gaya pembelajaran (Felder dan
Henriques, 1995). Oleh itu untuk berjaya, individu pelajar perlu memiliki sifat
belajar dan menguasai kaedah belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.
Proses Pengajaran dan pembelajaran pada masa kini perlu lebih
relevan dan menerima serta mengaplikasikan perubahan. Peranan seorang guru
perlu maju setapak dan tidak tetap berada di takuk yang lama di mana guru
sahaja yang melakukan segala aktiviti pengajaran tanpa murid-murid membuat
sebarang aktiviti. Peranan seorang guru harus dilihat dari pelbagai perspektif,
kalau dahulu hanya guru yang bersuara dan menyampaikan maklumat kini
murid-murid juga terlibat dalam aktiviti pengajaran di mana mereka bukan sahaja
melakukan seperti apa yang dikehendaki tetapi juga pada masa yang sama mencari
dan mendapatkan ilmu itu dengan sendirinya dengan bantuan guru.
Teori Konstruktivisme
Teori
Konstruktivisme berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar
minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Antara tokoh
yang bertanggungjawab memperkanalkan teori ini adalah L. Vigotsky dan Jean
Piaget.
Berdasarkan
kepada teori Konstruktivisme, dalam peyampaian matapelajaran pendidikan jasmani
dan kesihatan guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti
dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira keupayaan murid. Bagi
pelaksanaan pengajaran ini, guru akan bertindak sebagai penasihat, fasilitator
dan perancang sahaja, manakala murid-muridlah yang akan memainkan peranan yang
aktif di mana mereka akan melakukan segala aktiviti pembelajaran yang telah
dirancang dan pada masa yang sama mestilah berkaitan dengan keupayaan murid
yang ditekankan.
Pendekatan
cara penyampaian pengajaran dijalankan dengan menggunakan model koorperatif dan
model perbincangan. Implikasi teori konstruktivisme dalam membantu guru
menyampaikan pengajaran juga dapat dilihat apabila Zon Perkembangan Proksimal
dalam diri murid-murid berdasarkan beberapa aktiviti yang dijalankan di dalam
kelas digunakan. Hal ini bertujuan untuk mengetahui tahap murid tersebut sama
ada berada di zon bawah ataupun zon atas. Hal ini secara tidak langsung akan
memudahkan guru mencari pendekatan yang bersesuaian untuk membantu murid
menguasai sesuatu sesi pembelajaran.
Pendekatan
konstruktivisme dalam erti kata lain merupakan suatu proses yang di mana proses
pembelajaran aktif melibatkan murid-murid berjalan dan maklumat serta ilmu yang
diperolehi adalah dari murid-murid itu sendiri. Ilmu dan maklumat yang diterima
merupakan sesuatu yang berasaskan pengalaman sedia ada dalam murid-murid itu
sendiri dan guru akan berperanan sebagai fasilitator yang membantu dan
mengarahkan pengetahuan sedia ada itu secara berangkai dengan subjek atau tajuk
yang hendak disampaikan oleh guru.
Selain
itu guru juga boleh menggunakan khidmat murid-murid yang sudah mahir dalam
pergerakan sesuatu aktiviti untuk membantu guru dengan mengajar rakan-rakan
sekelasnya. Bantuan daripada rakan-rakan yang lebih mahir adalah sangat
membantu kerana berkemungkinan besar murid yang tidak mahir itu lebih selesa diajarkan
oleh rakan-rakan yang lebih dikenali dan mesra. Kanak-kanak juga sebenarnya
adalah lebih mudah memahami sesuatu perkara itu apabila dibimbing oleh rakan
sebaya mereka jika dibandingkan dengan guru.
Apa
yang diajar oleh guru perlu dikaitkan dengan situasi sebenar dan dengan itu apa
yang diajar oleh guru mudah difahami dan diingati oleh para murid kerana tugasan
autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks
sebenar, aktiviti simulasi dan sebagainya apabila dijalankan oleh guru ketika
di dalam kelas . Gerak kerja dalam kumpulan juga dapat mewujudkan interaksi
yang berkualiti di kalangan murid-murid. Melalui aktiviti yang dirangka oleh
guru dan dilakukan secara berkumpulan, murid secara tidak langsung dapat
berkongsi idea, mendapat pemahaman yang lebih jelas daripada rakan-rakan yang
lebih mahir serta dapat meluahkan buah fikiran mereka.
Teori Kognitif
Teori
Kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget tertumpu kepada perkembangan kognitif
kanak-kanak dan teori ini sangat berkaitan dan relevan apabila digunapakai
dalam matapelajaran yang menggunakan banyak pergerakan seperti matapelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Seorang guru PJK perlu memahami konsep
teori Kognitif kerana ianya amat membantu guru untuk memahami keadaan
perkembangan murid-murid secara amnya dan ia memberi gambaran tahap kognitif
murid-murid dan sekaligus memberi panduan yang jelas dalam merangka
aktiviti-aktiviti yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian.
Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah
melalui empat peringkat; peringkat deria motor (0-2 tahun), pra operasi (2-7
tahun), operasi konkrit (7-12 tahun) dan operasi formal (selepas 12 tahun).
Teori ini juga menekankan lima konsep asas iaitu skema, adaptasi, keseimbangan,
asimilasi dan akomodasi.
Seperti
yang disebut tadi, isi kandungan hendaklah disusun mengikut perkembangan
kognitif kanak-kanak dan yang paling relevan adalah daripada konkrit kepada
abstrak, dekat kepada jauh, pengalaman sedia ada kepada pengetahuan baru dan
daripada kasar kepada halus. Contohnya, untuk mengajarkan tentang kebersihan
diri salah satu tajuk dalam matapelajaran PJK tahun satu, mulakan dengan
memberi contoh yang diketahui oleh murid- murid terlebih dahulu seperti apa
yang perlu mereka lakukan sebelum makan atau sebaik sahaja bangun dari tidur di
waktu pagi. Selain daripada itu, guru seharusnya berperanan sebagai fasilitator
dalam proses P&P yang bertugas sebagai penyusun maklumat yang hendak
disampaikan bagi memudahkan murid mengaitkan pelajaran baru dengan pelajaran
lepas.
Seterusnya,
guru perlu sedar dan ingat bahawa ada murid yang berada dalam mod pembelajaran
yang berbeza dan guru perlu bijak memainkan peranan dalam menguasai proses
P&P. sebagai contoh, jika terdapat murid yang tidak dapat menumpukan
perhatian dalam proses pembelajaran yang berlangsung, guru perlu memikirkan
cara yang efisyen bagi menarik minat mereka dengan menggunakan pelbagai
aktiviti yang menarik dan yang mampu dilakukan oleh mereka dengan merujuk
kepada perkembangan kognitif murid-murid. Contohnya, acara lari berhalangan 80
meter tidak sesuai diajar kepada murid-murid tahun 1 atau bagi murid-murid yang
mempunyai masalah kesihatan. Oleh itu kepekaan amat penting dan perlu
dititikberatkan.
Teori Kecergasan Pelbagai
Teori
kecergasan pelbagai ini dikemukakan
oleh Gardner (1983) dalam bukunya Frames of Mind: The Theory of Multiple
Intelligences. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner
(1983) adalah; “An intelligence is the ability to solve problems, or to
create products that are valued within one or more cultural setting”.
Teori
kecergasan pelbagai boleh dilihat sebagai pelengkap kepada teori kognitif
Piaget yang dibincangkan sebelum ini. Berdasarkan teori kognitif Piaget guru
perlu mengenalpasti kemampuan berdasarkan kematangan kognitif kumpulan sasarnya
dan seterusnya menyediakan aktiviti dalam rancangan pengajaran harian yang
boleh dilaksanakan dengan jayanya dan paling penting sesuai dan selamat. Secara
ringkasnya, teori kecergasan pelbagai ini dipelopori oleh Gardner dan beliau
percaya bahawa setiap manusia mempunyai 8 kecerdasan dan ia boleh dibangunkan.
Setiap
murid itu unik dan berbeza-beza dan untuk memastikan kecenderungan kecerdasan
pelbagai yang dominan guru perlu menjadi seorang pemerhati dengan membuat
pemerhatian kepada tingkah laku murid-murid semasa dalam proses pembelajaran.
Soalan-soalan asas untuk menentukan kecerdasan pelbagai yang dominan dalam
seseorang murid boleh dibuat berdasarkan kepada aktiviti yang digemari pada
masa lapang atau di luar bilik darjah.
Berikut
contoh bagaimana guru PJK dapat mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran
dalam kelas. Perlu diingat bahawa matapelajaran PJK ini bukan sahaja perlu
dijalankan di dalam kelas tetapi perlu dijalankan di luar kelas.
a) Verbal-Linguistik
– Gardner (1983) mendefinisi kecerdasan verbal-linguistik sebagai berfikir
dengan perkataan dan menggunakan bahasa untuk menyatakan dan memahamkan makna
yang sukar dan kompleks. Aktiviti yang boleh dijalankan ialah ‘Pencarian Harta
Karun’. Guru menyediakan arahan dan pembayang diberikan dalam bentuk tulisan.
b) Logik-Matematik
- Semasa menjalankan aktiviti seperti
melompat bintang, murid-murid mengira bersama atau secara berdikari.
c) Visual-Ruang
– Guru boleh menyuruh para murid melakukan senaman berdasarkan kepada
pergerakan yang ada dalam persekitaran. Visual ruang diertikan sebagai berfikir
menggunakan gambar dan mempersepsikan dunia visual secara tepat, berkebolehan
bertikir dalam tiga dimensi dan mencipta semula aspek sesuatu pengalaman visual
melalui imaginasi.
d) Muzik
– Menurut Gardner (1983), kecerdasan muzik didefinisikan sebagai kebolehan
untuk menghasil dan menghargai irama, nada dan bentuk-bentuk peluahan muzik.
Senam aerobik yang menggunakan muzik yang berentak perlahan atau berentak laju
untuk memberansang suasana.
e) Kinestetik
– Senam aerobic, melakonkan pergerakan alam semulajadi dalam pergerakan
murid-murid. Ia juga melibatkan koordinasi motor seseorang murid dalam
menjalankan aktiviti seperti menyambut bola, menendang, memukul, melompat dan
sebagainya. Kinestetik pula dibentuk berasaskan kebolehan mengawal satu
pergerakan bahagian badan dan mengawal objek dengan penuh kemahiran. lanya
melibatkan deria koordinasi dan ketepatan keseluruhan pergerakan badan serta
menggunakan kedua-dua tangan dalam kemahiran manipulasi (Gardner, 1983).
f) Interpersonal
– Aktiviti yang berkaitan interpersonal ini sesuai dilakukan bagi Pendidikan
Kesihatan yang dijalankan dalam kelas. Contohnya dalam aktiviti membaca yang
melibatkan pembelajaran kendiri, rakan sebaya boleh membantu rakan-rakan mereka
dengan memberikan tunjuk ajar. Ia juga berkaitan dengan segala aktiviti yang
dijalankan secara berkumpulan. Gardner (1983) meringkaskan kecerdasan interpersonal
sebagai kebolehan memahami orang lain, apa tujuan mereka, bagaimana mereka
bekerja, dan bagaimana bekerja secara koperatif.
g) Intrapersonal
– kecerdasan intrapersonal berlawanan dengan interpersonal, di
mana ia merupakan kemampuan mengetahui diri sendiri dan bertindak sewajamya
berasaskan pengetahuan tersebut (Gardner, 1983). Di akhir P&P guru boleh
membantu murid-murid untuk meransang kendiri dengan bertanyakan bagaimana
perasaan mereka secara langsung samada mereka berasa seronok melakukan aktiviti
yang telah dijalankan.
h) Naturalis
– Seperti yang telah diulas di atas, guru boleh menggunakan pergerakan
semulajadi contohnya, liuk lalang yang ditiup angin, cara rama-rama terbang,
ombak yang beralun dan sebagainya. Kecerdasan naturalis melibatkan kebolehan
untuk memahami dan kepekaan kepada alam semulajadi termasuk tumbuhan, haiwan
dan hubungan saintifik (Gardner, 1983).
Model Kolb
Selain
daripada teori-teori yang telah dibincangkan di atas, teori gaya belajar Model
Kolb juga amat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut David Kolb (dalam Nasution 2005:111) yang dipetik oleh Ramlah Jantan dan Mahani
Razak dalam hasil karya mereka, “Gaya belajar model Kolb ialah gaya belajar yang melibatkan pengalaman
baru siswa, mengembangkan observasi/merefleksi, menciptakan konsep, dan
menggunakan teori untuk memecahkan masalah.” Dari batasan pengertian gaya
belajar model Kolb di atas, terdapat dua aspek, yang pertama pengalaman konkrit pada suatu pihak dan konseptual abstrak
pada pihak lain; kedua eksperimen aktif pada suatu pihak dan pemantauan secara reflektif pada pihak lain.
Cara pembelajaran murid boleh dikelaskan
berdasarkan kepada model pembelajaran Kolb dan sesuai dijalankan secara
individu dan juga dalam kumpulan. Berikut adalah contoh langkah-langkah
penerapan gaya belajar model Kolb pada matapelajaran Pendidikan Jasmani yang
dijalankan di luar bilik kerja.
Dalam bahagian aplikasi pengajaran,
murid-murid dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan dengan ahlinya dalam
bilangan yang sama. Murid-murid diberikan motivasi dan penerangan mengenai pelajaran
yang bakal dijalankan. Ini dijalankan untuk menyediakan murid-murid sebelum
aktiviti dijalankan. Contohnya, untuk mengajar bermain bola tampar bagi tahun
lima guru perlu menerangkan peraturan asas bagi permainan ini. Bagaimana
membuat ‘servis’, ‘digging’, ‘setting’ dan ‘smashing’.
Langkah pertama, setiap ahli kumpulan
dikehendaki untuk mencuba ‘digging’ secara
bergilir dengan membuat satu bulatan besar dan ketua kumpulan berada di
tengah-tengah bulatan sebgai pembantu. Ini merupakan langkah memantau atau
melihat.
Dalam langkah mencipta konsep, para murid
berpeluang untuk mencari keselesaan mereka dalam melaksanakan aktiviti
tersebut, cara menggenggam tangan dan menyambut bola dengan posisi badan serta kaki
yang betul agar tidak menimbulkan kecederaan semasa melakukan aktiviti
tersebut.
Langkah seterusnya, murid-murid melakukan
aktiviti tersebut dengan lancer dan teratur tanpa berlaku perebutan bola tetapi
secara bergilir-gilir dan mula menggunakan suara sebagai syarat atau ‘signal’
jika seseorang murid itu mahu mencuba menyambut bola dengan cara ‘digging’.
Pada tahap ini murid-murid sepatutnya bergerak mengikut arah bola dan pada masa
yang sama dapat memberitahu rakan-rakan mereka akan tindakan yang bakal
diambil. Syarat bahasa yang biasa digunakan ialah, ‘My ball’ atau ‘Let’.
Sebagai penutup, murid-murid dan guru akan
berbincang secara ringkas mengenai apa yang perlu dilakukan dan tidak dalam
menjalankan aktiviti tersebut dan pada masa yang sama guru juga akan memberikan
galakan kepda semua murid agar berlatih teknik-teknik asas bermain bola tampar
tanpa merasa riasu untuk menjadi yang terbaik atau rasa takut untuk melakukan
kesalahan.
Rumusan
Berdasarkan kepada contoh tadi dapat
dirumuskan bahawa langkah pertama sama juga dengan peringkat pengamatan dan
perasaan dengan melihat situasi konkrit dari pelbagai sudut dan cuba untuk
mempelajarinya. Kemudian assimilator merupakan proses di mana proses berfikir
dan melihat atau mengamati berlaku sebelum murid itu melakukan aktiviti
tersebut dengan sendiri. Ketua kumpulan yang mahir dengan teknik ‘digging’ itu
menjadi model tau contoh kepada murid-murid yang tidak tahu. Kemudian apabila
mereka mula melakukan latihan ‘digging’ dengan sendiri, ini merujuk kepada kombinasi
berfikir dan melaksanakan. Murid-murid yang dapat mencapai tahap ini adalah
mereka yang cenderung membuat praktikal atau ‘on-hands’.
Berdasarkan teori pembelajaran Kolb,
murid-murid dilihat sebagai mereka yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari
sesuatu yang baru dan sentiasa bersedia untuk terlibat dalam mana-mana aktiviti
dalam kelas. Mereka cenderung untuk bertindak mengikut kata hati dan intuisi
atau naluri.
Sebagai rumusan, sebagai seorang guru,
kita perlu sensitive dan mengambiltahu akan perkembangan para murid kita.
Rancangan pengajaran harian yang dibuat haruslah sejajar dengan pertumbuhan dan
sesuai bagi anak-anak murid kita agar mereka dapat melakukannya dan pada masa
yang sama dapat mengelakkan berlakunya kecederaan kepada mereka akibat aras
kesusahan yang dirancang adalah terlalu tinggi dan tidak mampu dilakukan
menurut teori Piaget. Guru juga seharusnya
membantu murid-murid dalam pembelajaran mereka melalui penyampaian pengajaran
yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka seperti yang disampaikan oleh
Gadner dalam teori Kecerdasan Pelbagai. Guru jug seharusnya memberikan ruang
untuk belajar kepada murid-murid dengan meminimakan campur tangannya dalam
pembelajaran sendiri atau secara berdikari dan hanya berperanan sebagai
pendorong, pencetus idea dan juga sebagai fasilitator kepada mereka. Guru juga
haruslah mempelbagaikan gaya penyampaian semasa mengajar dan pada masa yang
sama perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana setiap
murid adalah berbeza dan unik. Maka, tidak ada cara mutlak mengajar yang perlu
diikuti seratus peratus. Guru perlu pandai mencampur-adukkan strategi
penyampaian pengajaran dan menggunakan pelbagai kaedah menyoal kepada
murid-murid.
Pada
masa yang sama, guru perlu juga menyediakan alat bantu mengajar serta aktiviti
pembelajaran yang menarik dan berkesan untuk mengelak murid-murid merasa bosan
atau tersisih. Akhirnya, para guru harus sedia maklum yang tujuan dan objektif
utama menyampaikan pengajaran adalah agar murid-murid itu faham dan mampu
melakukannya walaupun tidak secara total mahir. Guru perlu sentiasa memotivasi
dan memantau perkembangan mereka agar dapat membuat perancangan mengajar yang
sepatutnya.
No comments:
Post a Comment