Saturday 11 February 2012

Asgmt KOB3201 tv 7 hari


Pengenalan

Akhbar yang telah dipilih untuk tugasan ini (KOB 3201) ialah New Sabah Times. Akhbar yang dikumpul adalah bermula dari 18 Julai sehingga 24 Julai, iaitu selama 7 hari berturut-turut dan ia melibatkan berita utama yang terpampang di depan dada akhbar.
Keperluan penting untuk menyiapkan tugasan ini ialah surat khabar yang dipilih itu sendiri selama 7 hari berturut-turut. Oleh kerana di kawasan tempat saya tinggal agak susah untuk mendapatkan bekalan surat khabar jika terlewat, saya terpaksa memuat-turun dari Internet bagi satu keluaran, iaitu pada 21 Julai 2011.
Sebaik sahaja habis mengumpul kesemua surat khabar ini, adalah penting untuk membacanya dan membuat beberapa catatan dan cuba untuk mengaitkan apa yang telah dibaca dengan keperluan soalan tugasan berdasarkan kepada apa yang telah dipelajari dalam subjek ini.
Peranan atau potensi fungsi laporan berita boleh dibahagikan kepada empat fungsi iaitu, sebagai pemerhati, pentafsir, penghubung atau penghibur.









Sumber Berita          :           New Sabah Times
Jenis Berita               :           Sosial
Tajuk                          :           NUTP calls for patriotic education system
Tarikh                         :           18 Julai 2011
Hari                             :           Isnin







                                 


b. Analisis:
Potensi fungsi berita tersebut ialah sebagai penghubung kerana ia merupakan satu seruan dari pihak NUTP (National Union Teaching Profession) atau persatuan guru-guru yang ditujukan kepada Kementerian Pelajaran Negara agar sistem pendidikan negara kita dilandaskan atas sikap patriotik di mana rasa cinta dan sayang kepada negara diterap ke dalam kurikulum sekolah. Ia juga akan dipastikan bahawa pada 15 tahun atau 20 tahun akan datang, sistem pendidikan akan masih relevan.
Berita yang dipaparkan ini menunjukkan peranan akhbar ini ialah sebagai jambatan atau ‘orang tengah’ bagi pihak NUTP yang ingin menyakinkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia betapa pentingnya sistem akademik yang berlandaskan kepada sikap patriotik dan di mana dinyatakan bahawa sistem pendidikan ini akan masih relevan walaupun pada 15 tahun akan datang. Pada masa yang sama ia juga dapat dilihat ia berperanan juga seperti penghubung NUTP dengan masyarakat kerana ianya dilaporkan kepada masyarakat agar menyokong usaha NUTP dalam menyakinkan pihak Kementerian.
Pada pendapat saya, usaha NUTP ini amat diperlukan dalam merealisasi usaha kerajaan untuk melahirkan modal insane yang bertaraf dunia. Oleh yang demikian pendidikan negara perlu sentiasa berada di landasan yang betul dan sentiasa relevan dengan perubahan semasa. Jika apa yang diusulkan oleh pihak NUTP ini benar, maka pihak kerajaan mungkin akan melihat dan mengkaji saranan yang telah dikemukakan demi masa depan negara.
Saya yakin bahawa apa yang dikemukakan oleh NUTP adalah berlandaskan kepada keperluan negara kita yang berbilang kaum dan majmuk. Selain daripada itu kini telah tiba masanya kita menggarap tanggungjawab kita sebagai tenaga pengajar dalam menanam sikap patriotic di kalangan generasi muda agar kemerdekaan yang dicapai selama ini tidak dipandang ringan tetapi dihargai dan diselami agar kemakmuran dan kesejahteraan berterusan.




















            Sumber Berita:         New Sabah Times
Jenis Berita   :           Sosial
Tajuk             :           Thousands of Illegal Immigrants Sign Up In 5P
Tarikh             :           19 Julai 2011
Hari                 :           Selasa










Potensi fungsi laporan berita ini ialah sebagai pemerhati instrumental dan penghubung.
Laporan ini sebagai pemerhati instrumental, dapat dilihat apabila ia adalah mengenai laporan berdasarkan kepada fakta dan data yang diperolehi di tempat pusat mendaftar di seluruh Sabah. Ia juga memaparkan maklumat tentang pusat-pusat pendaftaran serta masa operasi yang telah ditentukan bagi setiap pusat mendaftar. Ia tidak bersifat amaran tetapi lebih kepada untuk memberitahu atau menyampaikan maklumat yang terkini.
Potensi fungsi yang kedua pula iaitu sebagai penghubung dapat dilihat apabila wujudnya laporan temubual yang dijalankan di tempat pendaftaran pendatang tanpa izin. Ia menghubungkan masyarakat dengan masa lampau. Dalam laporan berita ini juga terdapat harapan pekerja-pekerja asing kepada pihak kerajaan Malaysia, iaitu ingin terus berada di Malaysia untuk mencari rezeki.
Antara akibat dari laporan ini mungkin ialah menggalakkan pendatang tanpa izin yang belum mendaftar untuk cepat-cepat berbuat demikian demi masa depan mereka. Selain itu ia juga dapat mengeratkan perhubungan rantau negara Malaysia dengan negara-negara jiran khususnya Indonesia yang mempunyai bilangan pendatang sedang berada di Malaysia. Ini juga dapat mencerminkan betapa pihak kerajaan Malaysia prihatin dan telus dalam menangani isu PTI yang telah lama diperkatakan.
Langkah yang diambil pihak kerajaan ini amat memberansangkan agar jumlah PTI yang sebenar dan tepat boleh diperolehi. Walaupun begitu, pihak kerajaan Malaysia perlu menjelaskan semula tujuan dan kesan dari kempen pemutihan ini dan sentiasa berwaspada terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mungkin akan mengambil kesempatan ini untuk mengaut keuntungan dan memperolehi manfaat yang tidak sepatutnya.





















Sumber Berita          :           New Sabah Times
Jenis Berita               :           Sosial
Tajuk                          :           Register Your Worker Now
Tarikh                         :           20 Julai 2011
Hari                             :           Rabu










Potensi fungsi laporan ini dapat dilihat dengan jelas berdasarkan kepada tajuknya sahaja, iaitu potensi pemerhati bersifat amaran. Berdasarkan kepada petikan laporan ini, pihak Immigresen mengesa agar semua majikan mengambil peluang Program Pemutihan yang dilancarkan oleh pihak kerajaan untuk mendaftarkan pekerja asing mereka dengan kadar segera sebelum pada tarikh tutup iaitu 1 Ogos 2011. Laporan ini juga memaparkan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap majikan jika gagal untuk berbuat demikian.
Potensi fungsi sebagai penghubung juga dapat dilihat dalam laporan ini apabila ia berperanan untuk menasihati para majikan agar berdaftar dan mendaftar sepanjang tempoh program ini dan tiada tindakan akan dikenakan. Di sini juga dilaporkan bahawa pegawai immegresen juga telah dikerah untuk menghubungi para majikan untuk berbuat demikian.
Laporan yang dipaparkan di muka hadapan ini jelas menunjukkan betapa pentingnya maklumat yang mahu disampaikan kepada masyarakat, ia menghubungkan pihak kerajaan dengan masyarakat yang berkenaan agar mengambil perhatian akan seruan ini.
Program pemutihan yang dijalankan ini dapat membantu bukan sahaja para majikan yang ada menggaji pendatang tanpa izin, pendatang yang habis tempoh passport dan sebagainya tetapi dengan adanya program pemutihan ini dapat membantu pekerja asing dan pendatang tanpa izin agar tidak ditipu, diambil kesempatan atau dibuli. Program ini penting bagi memastikan hak mereka sebagai manusia terjamin dan pada masa yang sama juga member peluang kepada mereka untuk mendaftar secara percuma dan selamat dari orang-orang yang tidak bertanggungjawab.







Sumber Berita          :           New Sabah Times
Jenis Berita               :           Sosial
Tajuk                          :           Blackout due to Stolen Cables
Tarikh                         :           21 Julai 2011
Hari                             :           Khamis







Potensi fungsi bagi laporan berita ini ialah penghubung di mana ia bertindak melaporkan punca kejadian putusnya bekalan elektrik pada hari Selasa lepas. Kejadian tersebut telah mengakibatkan beberapa kawasan sekitar KKIP (Kota Kinabalu Industrial Park) terjejas.
Media cetak di sini berperanan sebagai orang tengah atau bertindak sebagai ‘spokeperson’ dalam bentuk alat bagi pihak SESB dalam membuat penjelasan mengenai kejadian tersebut.
Selepas membaca laporan berita ini, saya berpendapat pihak Sabah Electrical Sdn Bhd perlu meneliti kembali rancangan mereka untuk menaikkan takrif bil eletrik di negeri ini. Ini kerana, komitmen yang tinggi dari pihak SESB dituntut untuk menyamai takrif yang dibayar oleh para pelanggannya. Alasan kenaikan harga bahan api dunia sepatutnya tidak dijadikan alasan semata-mata mahu mengaut keuntungan.
Perkhidmatan dan prestasi SESB masih lemah dan perlu dipertingkatkan terlebih dahulu sebelum bercadang menaikkan takrif bil elektrik. Adakah pihak SESB sanggup membayar ganti rugi kepada para  pelanggannya yang terjejas tanpa mengira samada yang terlibat dalam perindustrian atau persendirian?
Semoga pihak kerajaan negeri tidak meluluskan cadangan SESB tanpa membuat sebarang kaji selidik kerana jika pihak kerajaan negeri tetap berbuat demikian ia akan menampakkan seolah-olah tindakan tersebut diambil dengan niat atau secara mala fide.
Cogan kata kerajaan Barisan Nasional , Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan ini harus menggambarkan keadaan yang sebenar dan bukan manis di bibir sahaja.


























                                                




Sumber Berita          :           New Sabah Times
Jenis Berita               :           Sosial
Tajuk                          :           Teoh’s Death was Suicide
Tarikh                         :           22 Julai 2011
Hari                             :           Jumaat








Potensi fungsi bagi laporan berita ini ialah pentafsir, pemerhati dan juga sebagai penghubung..
Saya mengatakan bahawa laporan berita ini berfungsi sebagai pemerhati kerana ia merupakan laporan terkini mengenai hasil siasatan dan juga mengenai keputusan sisatan yang telah dibuat mengenai kematian Teoh Beng Hock yang didapati bunuh diri dan bukannya kerana dibunuh seperti yang didakwa sebelum ini oleh kaum keluarga si mati. Laporan ini iatiboleh dikategorikan sebagai pentafsir amaran kerana ia merupakan berita terkini dan perlu diumumkan kepada masyarakat untuk memastikan isu-isu yang tidak diingini diwujudkan demi kepentingan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Laporan berita ini juga bersifat sebagai penghubung di mana ia dilaporkan untuk pengetahuan awam dan ini dapat dilihat untuk mengelak khabar angin yang boleh menimbulkan salah faham. Selain itu, pengumuman mengenai hasil inkues setebal 124 mukasurat sudah boleh didapati di badan-badan kerajaan.
Berdasarkan kepada isu ini, agak sukar untuk menentukan samada Teoh Beng Hock telah membunuh diri atau tidak walaupun dengan adanya pakar-pakar forensic psikiatri telah dipanggil untuk member keterangan. Saya tidak yakin dengan hasil dapatan siasatan tersebut kerana pandangan saya hanyalah berdasarkan kepada laporan ringkas yang telah dibuat oleh media cetak ini.
Tambahan pula, laporan-laporan berita sebelumnya mengenai isu ini juga telah member kesan kepada cara saya melihat isu ini. Tidak dinafikan wujudnya sikap prejudis yang mendalam.





Sumber Berita          :           New Sabah Times
Jenis Berita               :           Politik
Tajuk                          :           Najib Cancels Holiday To Be With People
Tarikh                         :           23 Julai 2011
Hari                             :           Sabtu










Potensi fungsi laporan berita ini ialah pentaksir dan juga sebagai penghubung. Berdasarkan kepada tajuknya sahaja sudah boleh diketahui tujuan utama laporan ini dibuat adalah untuk memberitahu rakyat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sedang menghabiskan cuti beliau di Malaysia.
Pada pendapat saya, ini merupakan salah satu taktik Barisan Nasional untuk berkempen demi mengaut sokongan rakyat dan pada masa yang sama sedang mempromosi parti politik yang diwakili beliau. Setiap perkara yang dilakukan sememangnya ada tujuannya.
Laporan berita ini juga adalah bersifat pentafsir apabila di dalam laporan tersebut dinyatakan bahawa Datuk Seri disambut dengan sepanduk yang mempunyai 1.2 juta tandatangan yang kononnya sebagai tanda menyokong kepimpinan beliau. Saya mengatakan ini ialah berdasarkan kepada fakta yang tiada siasatan atau kaji selidik yang dijalankan oleh pihak media cetak untuk mengesahkan bahawa 1.2 juta tandatangan itu sememangnya tandatangan penyokong beliau. Laporan ini dibuat berdasarkan kepada ‘hearsay’ semata-mata.











Sumber Berita          :           New Sabah Times
Jenis Berita               :           Sosial
Tajuk                           : Malaysia Aims To Be Among Top 10 Peaceful   Nations
Tarikh                         :           23 Julai 2011
Hari                             :           Ahad










Laporan berita ini pula lebih bersifat sebagai penghubung. Ini dapat dilihat apabila di dalam laporan ini ada dinyatakan Timbalan Perdana Menteri kita menyeru agar setiap individu memainkan peranan masing –masing untuk menjadikan impian untuk menjadikan Malaysia 10 negara paling selamat di dunia.
Selain itu, laporan ini juga bersifat pemerhati apabila ia dilaporkan berdasarkan kepada fakta dan data yang diperolehi dari sumber yang dipercayai.
Pada pendapat saya, laporan berita ini penting bagi mempromosikan negara kita sekaligus menjadi salah satu destinasi pelancongan di dunia. Walau pun begitu, masyarakat tidak boleh sambil lewa.
Perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan boleh mencacatkan rekod ini dan memburukkan nama baik negara yang mana akan mempengaruhi pelabur asing serta industry pelancongan khasnya.
Bukan itu sahaja, bahkan ekonomi rakyat juga akan terjejas.

No comments:

Post a Comment