Friday 11 May 2012

Tugasan Induksi: Prosedur Perletakan Jawatan

PENDAHULUAN
Penjawat awam menurut pandangan umum memikul dan mempunyai kepelbagaian tugas mengikut badan, agensi dan kementerian tertentu. Setiap jawatan yang adalah berbeza di antara satu jawatan dengan jawatan yang lain. Setiap Penjawat Awam ada mempunyai senarai tugas yang diamanahkan kepadanya untuk ditunaikan, dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam menjaga amanah yang dipertanggung jawabkan, Penjawat Awam mestilah mengutamakan tugas yang disenaraikan melebihi kepentingan peribadi.  Bukti bahawa seseorang Penjawat Awam itu benar-benar amanah dalam menjalankan tugasnya yang tersenarai ialah, kerja tertunggak sifar hingga kepada aduan sifar. Seandainya masih ada kerja-kerja tertangguh dan masih terdapat aduan atau komplen orang ramai, ini bermakna amanah masih belum ditunaikan sepenuhnya.
Antara syarat-syarat pelantikan calon ke dalam perkhidmatan awam antaranya adalah, sihat tubuh badan dan ini perlu disahkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar. Individu perlulah membuat akuan berkanun di bawah Akta Akuan berkanun 1960. Setiap Penjawat Awam ada mempunyai senarai tugas yang diamanahkan kepadanya untuk ditunaikan, dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam menjaga amanah yang dipertanggung jawabkan, Penjawat Awam mestilah mengutamakan tugas yang disenaraikan melebihi kepentingan peribadi. Bukti bahawa seseorang Penjawat Awam itu benar-benar amanah dalam menjalankan tugasnya yang tersenarai ialah, kerja tertunggak sifar hingga kepada aduan sifar. Seandainya masih ada kerja-kerja tertangguh dan masih terdapat aduan atau komplen orang ramai, ini bermakna amanah masih belum ditunaikan sepenuhnya.
Walaupun seseorang individu itu telah berjaya diterima untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam, tidak mustahil untuk seseorang itu untuk mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan atau pekerjaan yang sedang disandang lebih awal dari tarikh umur pencennya. Tindakan meletakkan jawatan boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti masalah kesihatan dari segi mental dan fizikal, sehingga kepada masalah peribadi samada di rumah maupun di pejabat yang mampu menggugat prestasi serta keinginannya untuk bekerja sehingga terpaksa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Oleh yang demikian skop tugasan ini akan membincangkan mengenai notis perletakan jawatan dalam beberapa situasi yang melihat kepada jenis perlantikan seorang penjawat awam.

Sifat-sifat kerja

Sesuatu kerja yang dikelolakan seorang pengurus perlu mempunyai kualiti yang telah ditetapkan dan mengandungi empat ciri-ciri yang penting untuk memenuhi kehendak diri seseorang untuk suasana kerja yang efektif dan efisien. Dengan mewujudkan ciri-ciri ini, maka seseorang itu dapat menyumbangkan semua tenaga dan tumpuan untuk mencapai matlamat dengan penuh dedikasi, Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti yang berikut;

i.                    Seseorang kakitangan harus menerima maklumbalas mengenai kerja-kerja yang telah dilaksanakan.
ii.                  Kakitangan yang berkebolehan untuk melaksanakan kerja-kerja dengan cekap.
iii.                Seseorang kakitangan perlu merasa bahawa beliau mempunyai sedikit sebanyak hak dalam menentukan matlamatnya sendiri dan menentukan cara-cara untuk mencapainya.
iv.                Seseorang kakitangan awam perlu merasakan bahawa sumbangan beliau terhadap pencapaian objektifnya adalah penting.

Persekitaran kerja seperti alam sekitar merupakan faktor yang boleh mempengaruhi semangat kakitangan awam untuk melaksanakan tudas dengan cemerlang yang seterusnya memberikan kesan kepada daya pengeluaran mereka. Pembentukan suasana kerja yang baik dan sempurna perlu diambil kira bersesuaian dengan faktor-faktor seperti susun atur pejabat, keselesaan udara, peralatan pejabat yang lengkap, mempunyai kemudahan teknologi terkini dan sebagainya. Suasana kerja yang baik adalah penting diperkemaskan dan dipulhara bagi menjamin keselamatn dan keselesaan tugas.


Perihal Perletakan Jawatan

Perletakkan jawatan bermaksud berhenti daripada berkhidmat dengan perkhidmatan awam yang dibuat melalui notis bertulis yang dikemukakan kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabtan yang menyebabkan perkhidmatannya terputus, manakan pemendekan notis merujuk kepada tempoh notis perletakkan jawatan pegawai dipendekkan dari tempoh notis sebenar yang ditetapkan dengan kelulusan Ketua Jabatan.
Jika seorang pegawai berhasrat untuk meletakkan jawatan, permohonan secara bertulis yang juga dikenali sebagai notis perlu dihantar kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 51 (1). Kemudian Ketua Perkhidmatan hendaklah menghantar surat akuan terima kepada pegawai melalui Ketua Jabatan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 51 (3). Ketua Perkhidmatan hendaklah merekod dan maklumkan Suruhanjaya dan KPPA seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 52 (2). Peletakan jawatan merupakan hak pegawai dan tidak memerlukan kelulusan untuk ia menjadi efektif. Walau bagaimanapun perlu dingatkan bahawa tempoh notis perlulah sejajar dengan peruntukan yang terdapat dalam  Peraturan-peraturan Pegawai Awam. Perletakan jawatan seorang pegawai akan menjadi efektif sebaik tempoh notis tamat tempoh, iaitu pada hari berikutnya. Perletakkan jawatan yang telah berkuatkuasa adalah tidak boleh ditarik balik. Oleh yang demikian, seseorang pegawai perlulah berfikir secara rasional sebelum mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan mereka. Walau pun begitu, peletakan jawatan yang belum berkuatkuasa boleh ditarik balik dengan syarat pegawai mengemukan notis secara bertulis kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan dan diterima oleh Ketua Perkhidmatan sebelum tarikh kuat kuasa peletakan jawatan.
Dasar perletakan jawatan bagi semua pegawai ditetapkan bertujuan untuk memutuskan perkhidmatan jawatan yang sedang disandang oleh pegawai, pegawai boleh meletak jawatan dengan mengemukakan notis bertulis yang ditandatangani oleh pegawai berkenaan kepada Ketua Perkhidmatan melalui Ketua Jabatan.

Prosedur Perletakan Jawatan dari Perkhidmatan Awam

Untuk penjawat awam yang ingin meletakkan jawatan, menurut Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 / P.U. (A) 176/2005, Perkara 51 (1) Seseorang pegawai yang berhasrat untuk meletakkan jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis sebagaimana keadaan berikut :

a) Jika pegawai dilantik selain pelantikan tetap adalah mengikut syarat pelantikan pegawai
itu atau jika tempoh itu tidak diperuntukkan dalam syarat pelantikannya, tiga puluh (30) hari sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis.

b) Jika pegawai dalam percubaan, tiga puluh (30) hari sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis atau

c) Jika pegawai telah disahkan dalam perkhidmatannya, sembilan puluh (90) hari sebelum peletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis.

Perletakan jawatan yang tidak memenuhi tempoh notis yang ditetapkan, pegawai hendaklah membayar sebulan gaji sebagai ganti notis. Gaji bagi maksud ini adalah gaji pokok berdasarkan kepada matagaji dalam struktur gaji yang tidak termasuk imbuhan tetap yang terakhir diterima oleh pegawai sebelum meletak jawatan. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 51, cuti tanpa gaji tidak diambilkira sebagai tempoh notis, contohnya pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji, dalam tempoh berkenaan tidak boleh dikira sebagai sebahagian daripada tempoh notis.

Pegawai boleh memohon pemendekan tempoh notis peletakan jawatan dengan alasan yang
munasabah berdasarkan perkara 53, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 / P.U. (A) 176/2005 atau dalam kata lainnya, pegawai boleh memendekkan notis perletakan jawatannya dengan mendapatkan kebenaran dari Ketua Jabatan atas alasan-alasan seperti dibawah:

1.       Pegawai tersebut akan menyandang mana-mana jawatan dalam sesuatu pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau agensi lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

2.      Pegawai atau pasangan, anak atau ibu bapa pegawai itu menghidapi masalah kesihatan

3.       Pegawai itu menghadiri kursus atau latihan yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan

4.       Apa-apa sebab lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, dan

5.      Sebab-sebab lain yang diluluskan oleh KKPA. Untuk ini, Ketua Jabatan yang menyokong permohonan tersebut hendaklah mengemukakan perakuan kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam yang akan memanjangkan kepada KPPA untuk pertimbangan.

Permohonan pemendekan notis perlu dikemukakan sebelum tarikh kuat kuasa peletakan jawatan. Notis peletakan jawatan tersebut hendaklah dikemukakan oleh pegawai kepada Pendaftar melalui Ketua Jabatan bersama surat tawaran pelantikan di agensi baru.

Tempoh percubaan merujuk kepada satu tempoh untuk menilai kebolehan dan kesesuaian pegawai yang dilantik sebelum layak disahkan dalam perkhidmatannya. Kebiasaannya seorang pegawai dikehendaki untuk berkhidmat dalam tempoh percubaan 1 sehingga 3 tahun seperti dalam Perkara 26 (1) dan Suruhanjaya atas sebab khas boleh memendekkan atau tidak mengenakan tempoh percubaan kepada seseorang pegawai seperti yang termaktub dalam Perkara 26 (2).




Perletakan Jawatan Tidak Perlu

Dalam sesuatu situasi, perletakakn jawatan tidak perlu bagi pegawai samada yang bertafat tetap, sementara maupun yang dilantik dalam perkhidmatan awam dengan syarat permohonan itu adalah yang;
1.      Dikemukakan dan disokong oleh Ketua Jabatan, dan
2.      Dilantik oleh Suruhanjaya berikut:
a.       Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
b.      Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
c.       Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan
d.      Suruhanjaya Pasukan Polis
e.       Pihak Berkuasa Berkanun
f.       Pihak Berkuasa Tempatan

3 comments: